Dilea Tuisyen Rakyat – Webinar Gerak Gempur Bm

13 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2026 hari Sabtu yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Webinar Gerak Gempur SPM anjuran NADI X DILEA TUISYEN RAKYAT untuk subjek Bahasa Melayu iaitu mengenai Teknik Menjawap Soalan Kertas 1. Webinar tersebut telah disertai oleh seorang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar NADI dan ianya berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang. Webinar tersebut dibimbing oleh guru pakar Bahasa Melayu SPM iaitu Cikgu Hasfariza.

Program webinar ini bertujuan membantu para pelajar menguasai Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dengan lebih sistematik dan berkesan. Antara fokus utama program ialah strategi menjawab soalan, analisis soalan dan kata kunci, serta penyediaan contoh jawapan yang berkualiti dan bermarkah tinggi.

Melalui bimbingan yang diberikan, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap kehendak soalan, malah dapat mempelajari cara menyusun jawapan dengan tepat supaya peluang memperoleh markah yang lebih tinggi dalam peperiksaan SPM dapat ditingkatkan.

Kami berharap agar apa yang dipelajari sepanjang webinar berlansung dapat menjadi tunjuk ajar kepada peserta dalam membantu beliau untuk menjawap soalan ujian dengan lebih yakin dan berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali